Ahad, 13 November 2011

Berita baik dari Brunei

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat ilahi kerna diberi peluang untuk memenangi pertandingan blogspot ini. Sungguh tidak terkata, apabila menerima pesanan ringkas daripada kakak mengenai perkara ini.  Disebabkan saya tidak berada di Brunei,  penyampaian hadiah tersebut diwakili oleh kakak saya.  Perasaan saya terlalu gembira kerana saya tidak menyangka tentang perkara ini. Namun betullah kata orang, berkat restu dan minta doakan daripada ibubapa, Alhamdulillah diberi rezeki. Terima kasih kepada Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam .Semoga maju jaya dan Bahasa Melayu dijadikan sebuah bahasa yang bermartabat tinggi kerna tanpa melayu siapalah Negara Brunei Darussalam? Identiti apakah kita?



Hadiah tersebut hanya dapat ditatap dari jauh dan hati merasa sedih bercampur terharu . Moga selepas ini Bahasa Melayu menjadi bahasa bertaraf antarabangsa seperti bahasa Inggeris. AAMIIN =D

Selasa, 18 Oktober 2011

ASEAN





Aktiviti budaya ASEAN telah diadakan pada awal bulan lepas untuk memperkenalkan kesemua NEGARA ASEAN tersebut kepada Penduduk Warga Korea. Hal ini sangat menarik apabila kami juga ikut sama-sama mengendalikan aktiviti tersebut. Salah satu perkara yang menarik adalah memperkenalkan makanan budaya brunei seperti begedil,karipap,bingka susu dan cucur udang..semuanya laris dijual dan banyak yang mengatakan makanan tersebut sedap... ALHAMDULILLAH...


Acara ini diadakan selama tiga hari, kami sebagai penuntut di sini disuruh untuk mengendalikan hal tersebut dan berjaga sehinggalah ke esok hari..Namun perkara ini kami ambil sebagai pengalaman yang indah demi untuk memperkenalkan BRUNEI..Walaupun kami sibuk dengan tugasan kami di sekolah namun, kami tidak juga lupa untuk tanggungjawab yang lainnya. ALHAMDULILLAH, berhasil jugak titik peluh kami yang tidak tidur lena membuat kuih-kuihan tersebut kerana jualan semuanya laris sehingga ada yang mencari untuk membeli lagi.. MAJU BRUNEI =D..hehehe

Ahad, 4 September 2011

Dikemaskinikan


Mungkin paparan blog ini sudah lama tidak dikemaskinikan atas kesibukan yang tertentu. Saya sekarang berada di Negara Korea Selatan untuk melanjutkan pengajian satu semester. Menariknya di sini , saya dihantar di sebuah universiti yang bernama 'Hankuk University of foreign Studies'. Slogan mereka di sini adalah 'Meet the World'. Dari yang saya kata tadi yang menariknya di sini adalah semua budaya bercampur dan sepertinya kita di negeri yang bercampur bukan di korea selatan.


Lebih menarik lagi, sebelum saya dihantar ke negari ini, pensyarah saya mengatakan bahawa negari ini telah menawarkan untuk belajar Sastera dan linguistik di dalam Bahasa Melayu Indon. Ini membuatkan saya terpegun kerana Bahasa Melayu sudah dikatakan mencapai tahap luar.

Di sini pula, pensyarah di korea memberitahu bahawa negara yang sudah mencapai pelajaran bahasa Melayu adalah taiwan, china, jepun dan sebagainya. Namun kesemua negara ini menggunakan Melayu-Indonesia sebagai bahasa pelajaran dalam bahasa Melayu.

Alhamdulillah, pengajian di sini sedikit sebanyak telah memberi maklumat tentang perkembangan bahasa Melayu dalam peringkat Antarabangsa.

Ahad, 31 Julai 2011

Kongsi bersama

Walaupun penilaian mengenai budaya Brunei sudah ditutup, namun masih berpeluang untuk mengemaskinikan blog ini. Seperti yang dipaparkan , post terdahulu adalah mengenai dengan kebudayaan Brunei . Namun sekarang dapat menyelitkan pelbagai post asalkan dengan menggunakan bahasa Melayu.

Saudara sekalian, seperti yang kita maklum bahawa Bahasa Inggeris sudah diiktirafkan sebagai bahasa antarabangsa dan bahasa komunikasi apatah di negara kita ia menjadi suatu bahasa yang wajib lulus selain daripada bahasa Melayu. Mampukah Bahasa Melayu menaiktaraf dan seimbang dengan bahasa Inggeris? Itu berpihak kepada setiap masyarakat yang menggunakannya.

Bahasa Melayu di negara kita amatlah penting . Ia juga menjadi suatu budaya yang sudah digunakan turun-temurun. Kita sepatutnya mengekalkannya ,jangan sampai bahasa ini pupus dengan begitu sahaja. Tanpa Bahasa, negara lain tidak akan mengenal dari mana asal-usul kita. Usah biarkan nasi menjadi bubur, jangan leka sehingga terjadi 'kacang lupakan kulit'.

Akhir sekali, hingga kita bersua lagi dengan post yang akan datang. Insya ALLAH.. assalamualaikum.