Rabu, 8 Jun 2011

PUAK Jati MELAYU DUSUN



Adat Perkahwinan



Adat Sang Jati Dusun juga mempunyai adat tersendiri dalam adat perkahwinan mereka. Sebelum berkahwin, pihak perempuan akan meminta pihak lelaki untuk datang. Ini sama seperti adat Melayu Brunei yang dipanggil sebagai 'adat merisik' . Apabila pihak lelaki datang, pihak perempuan meminta pihak lelaki seekor kerbau atau dit $500. Misalnya, ibu bakal pengantin perempuan meminta sepasang pakaian. Apabila perkara ini sudah selesai, barulah acara persandingan. Semasa persandingan, tiga das tembakan dilepaskan dengan memakai 'senapang patah'. Sebelum perkahwinan dulu, bakal pengantin perempuan disuruh untuk memasak penyaram untuk menandakan samaada bakal pengantin itu pandai atau tidak. Jika penyaram itu lembik, bakal pengantin perempuan dikatakan 'tidak dara', namun jika sebaliknya, dipanggil 'dara sejati'.
Makanan dan Pakaian



Makanan yang dijadikan satu kemestian dalam adat sang jati Dusun adalah kuih 'Penyaram'. Kuih ini mesti ada dalam majlis perkahwinan. Manakala pakaian bagi puak Sang Jati Dusun dalam adat perkahwinan mereka bagi lelaki memakai baju berwarna hitam dan perempuan memakai baju hitam dihiasi dengan kain selendang.

Pantang Larang



-Bakal pengantin tidak boleh keluar dari rumah 3 hari sebelum perkahwinan dan selepas persandingan . Ini kerana kepercayaan mereka adalah untuk mengelak daripada gangguan halus.
-Bakal ibu yang mengandung dilarang untuk membuat kerja yang boleh memberi kesan buruk pada anak . Begitu juga bakal ayah dilarang untuk melilit tuala di badan atau di leher kerana, bagi mereka, itu akan mengakibatkan anak di dalam perut terlelet tali pusat.

Tiada ulasan: