Selasa, 14 Jun 2011

Kesimpulan

Analisis Setiap Budaya dari aspek MELAYU, ISLAM dan BERAJA


Penerangan pada aspek MIB tersebut sudah menunjukkan bahawa konsepnya sering berkaitan dan tidak boleh ditinggalkan salah satu daripadanya. Kita juga dapat melihat perubahan budaya dahulu dan sekarang. Keunikan budaya dahulu ada juga yang tidak dipraktikkan pada masa sekarang seperti dalam adat perkahwinan ‘Majlis berbedak’ dan ‘majlis berambil-ambilan’ ada segelintir masyarakat tidak mengadakan majlis tersebut untuk memudahkan urusan. Namun perkara ini juga ada baik dan buruknya. Kebaikannya, jika majlis ini ditiadakan, pembaziran tidak akan berleluasa. Namun keburukannya, warisan budaya Melayu akan hanya menjadi kenangan jika ia berleluasa. Begitu juga, majlis ini diadakan dengan kemodenan iaitu dengan makanan-makana dimasak digantikan dengan kek moden yang hanya diupah dari luar.


‘Gambus’ adalah satu alat muzik yang sering dipermainkan semasa ‘majlis malam berjaga-jaga’.Tetapi, majoritinya, budaya ini dimodenisasikan.Perkara ini dapat dilihat pada zaman sekarang, apabila gambus dan ‘karaoke’ dimodenkan dengan berbagai irama sehingga menjadikan semua pendengar-pendengarnya menari tanpa mengenal erti muhrim, malu, dan dalam tarian, sering bertukar pasangan, begitu juga ada yang mabuk dalam tarian tersebut Begitu juga, mereka seperti tidak mengenal waktu untuk menghiburkan diri masing-masing sehingga dapat menganggu ketenteraman orang sekeliling. Dalam pemikiran hanyalah satu iaitu menghiburkan diri sendiri. Bukankah ini bercanggah pula dengan falsafah Melayu Islam Beraja?.






Manakala dalam adat permainan pula, permainan seperti bermain Gasing, bermain kikik, bermain Congkak, bermain Lumba Perahu, bermain Tarik Kalat, bermain Tinting semakin pupus sekarang akibat zaman teknologi yang semakin berleluasa. Kebanyakan permainan diganti oleh komputer riba, PSP, ‘playstation’, Ipod dan sebagainya. Ini berkemungkinan boleh mengakibatkan budaya Melayu dalam adat permainan hanya tinggal kenangan sahaja akibat pengaruh global. Siapakah yang akan mewarisi Budaya Brunei pada masa akan datang? Dimana keunikan permainan yang ada pada Budaya Melayu?


Masyarakat Melayu sangat mementingkan etika berpakaian sehingga sekarang. Pada zaman dahulu, orang-orang Melayu lebih suka memakai baju kurung, baju kebaya, batik sarung dan memakai tudung semasa pergi ke suatu tempat. Baju kurung sentiasa dijahit oleh seorang ibu dan dibuat dengan gaya yang ringkas tanpa sulaman bunga-bunga atau kisi atau manik yang kita dapat lihat pada masa ini. Namun perubahan telah berlaku pada waktu sekarang , masyarakat Melayu lebih gemar mengikut fesyen dari luar seperti barat, india dan Arab. Pakaian diubah menjadi lebih bergaya dan memang tidak ditegah memakainya. Apa yang menyedihkan, pakaian-pakaian pada masa ini memang kebanyakan berunsur melayu namun, ia masih menjolok mata seperti pakaian itu menampaki susuk badan mahupun kulitnya kerana nipis dan ada juga pakaian dibuat dengan berbelah sehingga menampakkan susuk kaki. Bukankah perkara ini bertentangan dengan Islam? Ini akan mengakibatkan tidak mengikuti peranan konsep falsafah Melayu Islam Beraja.



Kebanyakan pantang-larang masyarakat Brunei adalah berasal daripada cerita mitos yang diceritakan oleh golongan-golongan tua sehingga sekarang. Pantang larang tersebut adalah seperti kempunan tidak makan yang mengakibatkan sesuatu perkara tidak baik datang, tidak boleh memakai payung di dalam rumah kerana ditakuti ular akan masuk ke rumah, azimat keris menolak bala, terketuk-ketuk meja apabila mendengar sesuatu yang tidak dingini dan sebagainya. Tradisi ini masih berkekalan sehingga sekarang.


Puak Jati Dusun, Murut dan bisaya majoritinya berugama Katolik ataupun bukan Islam, namun setelah berkembangnya ugama Islam di Brunei Darussalam, majoriti mereka juga memilih Islam sebagai agama yang dijadikan sandaran hidup mereka. Namun perkara ini tidaklah memupuskan budaya mereka. Mereka hanya meninggalkan segala yang bertentangan dengan Islam dan hampir kesemua budaya mereka mengikuti budaya Melayu Brunei.

Tiada ulasan: