Rabu, 8 Jun 2011

Kraftangan Melayu Brunei

Kesenian Melayu Brunei




Seni Kraftangan Brunei juga merupakan salah satu budaya yang klasik di Negara Brunei Darussalam dan masih ada sehingga sekarang. Seni kraftangan yang dimaksudkan seperti pertukangan perak,tembaga, tenunan kain, anyaman, songkok dan seni ukir. Kesemua ini dibuat di sebuah muzium di Brunei yang bernama Muzium Brunei.

Muzium Brunei siap dibangunkan pada tahun 1970. Ianya dirasmikan oleh Queen Elizabeth II, pada 29 Feb 1972. Terletak di atas sebuah bukit yang bersejarah di Kota Batu. Muzium Brunei mempamirkan beberapa bahan kesan-kesan sejarah negara kita. Bermula dari kehidupan dan tradisi orang Brunei, Sistem Pemerintahan Beraja, Penemuan Minyak & Gas, Zaman Perang, Koleksi Raja dan banyak lagi. Seni bina bangunan Muzium Brunei juga bercirikan tradisi melayu.. Semua bentuk yang terdapat di Muzium ini adalah berbentuk tradisi Melayu.

Pertukangan tembaga dan perak sering diminta oleh beberapa penduduk untuk digunakan sebagai alat dalam perkahwinan atau hiasan rumah. Begitu juga dengan tenunan kain ini sangat digunakan sehingga sekarang untuk dijual ,dijadikan bahan hiasan ataupun dipakai. Tenunan kain sering digunapakai untuk majlis berbedak, pakaian perkahwinan, sinjang lelaki dan sebagainya. Manakala Songkok juga adalah salah satu budaya yang semestinya dipakai dalam adat Melayu Brunei di dalam apa-apa majlis rasmi. Bagi seni ukir pulak, ia adalah suatu lambang keunikan pembuatan Melayu Brunei yang selalunya terdapat di rumah -rumah orang Melayu Brunei saamada berbentuk kayu mahupun perak atau tembaga.

Tiada ulasan: