Rabu, 8 Jun 2011

Makanan Masyarakat Melayu Brunei


Makanan Tradisi Masyarakat Melayu-Brunei

Masyarakat Melayu Brunei mempunyai cara tersendiri dalam menyediakan juadah makanan mereka. Sarapan pagi kebiasaannya menyediakan juadah yang agak berat seperti nasi lemak atau nasi goreng, di samping kuih muih tempatan seperti pinyaram, katilapam, calak tapai, sapit dan sebagainya

Juadah tengah hari dan malam kebiasaanya terdiri dari lauk pauk yang berbagai jenis yang dimakan bersama nasi. Ikan merupakan juadah utama masyarakat setempat sama ada ikan tersebut direbus, digoreng atau dibakar. Masakan Melayu Brunei selalu berasa pedas-pedas manis. Resipi ikan terkenal bagi masyarakat Melayu Brunei ialah ampap. Ampap dibuat dengan mencampurkan ikan bersama-sama garam, lada, asam dan air. Kemudian ikan ini diperap buat seketika untuk memastikan campuran tadi terserap dalam isi ikan.

Sayur dan ulam yang digemari masyarakat setempat adalah sayur pegaga, lamiding, rabung, kulat, cangkuk manis, kangkung dan bayang. Sayur ini kebiasaanya dimakan mentah atau dimasak dengan sambal belacan.


Kuih Muih

Terdapat berjenis-jenis kuih tempatan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu Brunei . di antaranya ialah:

1. Ambuyat

2. Ampung
3. Andram
4. Biraksa
5. Bingka Dadak
6. Calak Lambai
7. Jalurut / Salurut
8. Karipit
9. Katilapan
10. Kelupis
11. Kuih Baulu
12. Kuih Bingka
13. Kuih Cincin
14. Kuih Gatas
15. Kuih Pancit
16. Kuih Seri Muka
17. Kuih Talam
18. Kusui
19. Pais Lemak
20. Pengelaban
21. Pinyaram / Pinjaram
22. Pulut Bakar
23. Madu Kasirat
24. Nasi Kuning
25. Rangin
26. Taji
27. Tapai
28. Wajid


Tiada ulasan: