Isnin, 6 Jun 2011

Pengenalan kebudayaan

Pendahuluan


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Allah SWT Tuhan seru sekalian alam. KepadaNya lah tempat kita berserah serta berlindung dari segala godaan dan kejahatan makhluk-makhluknya. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW yang telah menyinari alam dunia ini daripada kejahilan makhluk-makhluk terdahulu.

Negara Brunei Darussalam adalah sebuah Negara Melayu Islam Beraja. Negara ini berkonsepkan Melayu Islam Beraja keranaianya sebuah Negara Islam dan menurut titah KDYMM Sultan dan yang Di pertuan Negara Brunei Darussalam telah bersabda bahawa


“… Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta limpah kurnia Allah s.w.t akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah negara Melayu, Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik, bersendikan kepada ajaran-ajaran agama Islam menurut Ahlussunnah Wal Jamaah dan dengan berasaskankeadilan dan amanah dan kebebasan…”


(Titah KDYMM,1 Januari 1984).Walau bagaimanapun kita tidak boleh mendefinisikan Melayu Islam Beraja secara individu kerana ia harus digabungkan dengan Negara seperti yang terdapat dalam petikan titah KDYMM. Jadi kita harus menyebutnya Negara Melayu, Negara Islam dan Negara Beraja.

Seperti yang sudah termaktub, Negara Brunei Darussalam mempunyai 7 puak iaitu Melayu Brunei, Tutong, Belait, Kedayan, Dusun, Murut dan Bisaya. Di dalam tujuh puak ini mempunyai budaya tersendiri yang unik dan cantik.

Sebelum itu, adalah lebih baik jika kita mengenali definisi budaya secara ringkas. Budaya adalah tentang gaya hidup masyarakat dalam sesebuah negara samaada baik atau buruk. Ia juga dikatakan gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat , lahir dari pegangan dan kecenderongan diri masyarakat berkenaan dalam berbagai bidang hidup bagi merangsang pembangunan hidup dalam suatu masyarakat itu.

Kebanyakan budaya-budaya masyarakat Brunei adalah berasal dari kepercayaan lama termasuk dalam adat perkahwinan, adat permainan, adat resam dan sebagainya. Masyarakat Brunei juga sudah jelas bahawa mereka mudah untuk menerima budaya luar seperti budaya barat terutama dari segi pakaian, pertuturan atau percakapan dan pergaulan.

Walaubagaimanapun, terdapat juga budaya-budaya dari luar yang diadaptasikan dan dimodenisasikan di Brunei. Kebudayaan luar yang baik boleh diterima asalkan tidak bercanggah dengan peribadi bangsa dan ajaran agama Islam sepertimana Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka seri Baginda Sultan sempena pertandingan Membaca Al-Quran bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan , pada 14 Julai 1991.


“…kita masih sahaja terus terbuka iaitu tidak menolak sebarang unsur atau nilai yang baik, sama ada ia datang dari Asia ataupun dari Barat. Cuma ukuran kebaikan itu bagi kita ialah ukuran Brunei… hanya menerima nilai-nilai yang sesuai kita sahaja”.


Memang sudah termaktub bahawa, Negara Brunei Darussalam sangat mementingkan falsafah Melayu Islam Beraja tersebut samaada dari segi individu mahupun masyarakat. Di sini juga, aspek budaya yang sering dipraktikkan dalam tujuh puak dari segi adat istiadat diraja, adat perkahwinan, adat permainan, pantang larang, kesenian, majlis-majlis sambutan , rumah dan sebagainya bersangkut paut dengan MELAYU ISLAM BERAJA. Ini akan diterangkan dengan lebih lanjut pada blog seterusnya.



Tiada ulasan: